Meow in the car

| 0 comments



Ini Tip-tip, kucing paling bongsu (paling kecik ) dalam rumah......sangat sibuk kalau orang buka pintu kereta, sibuk je nak masuk......bukan buat apa pun dok je dalam tu, pusing sana pusing sini tapi satakat ni tak de melepas lagi...





Sebab sibuk sangat dok dalam kereta bawa sekali pergi hantar cousin pergi sekolah...tengok la muka tu..dapat ikut bukan main lagi dok atas dashboard











Tapi bila dah lama dok dalam kereta ni la dia...bosan...hehehehe tu la nak ikut sangat..




Ni masa nak beli teh tarik kat kedai mamak....dah la aku sorang macam mana nak keluar..? ni lak dah bosan, nak keluar jenuh tul la...dgn muka macam ayam berak kapur hehehehe




Tengah menumpukan perhatian dengar bunyi pintu kereta nak buka...





Ni tengah pandang pintu kereta separuh terbuka...lama sangat tunggu terus alih dia jap..cabut keluar la....masa dah beli teh tarik...nak masuk kereta, tengok aku terus menjerit(mengiau) ikut je aku ikut pergi mana..maksudnya aku pg pintu pemandu dia ikut pastu aku pg pintu sebelah lagi dia belari gak lompat atas dashboard pg pintu sebelah lak....jenuh alih perhatian..bukan apa takut buka pintu dia lari lak.....last aku tegelak sendiri tengok tip-tip ni..orang tengok macam orang gila...lantak la...hehehe








Sampai rumah terus lompat keluar...jumpa kawan2 dia...macam tak caya dah balik, tapi lepas tu biasalah mana serik, masih lagi sibuk2 nak masuk kereta....

MY lovely VS-125 restoration

| 0 comments

Suzuki scooter Vs125 atau pun internationalnya AN125, scooter ni dah berkhidmat dekat 5thn...pelbagai ragam dan kerenah scooter aku lalui....siapa yang pernah guna pasti tahu ragamnya....ni share skit pasal scooter kesayanganku ini..selama ni saya ingat problem datang dari scooter ni..dalam hal ni salahnya banyaknya aku sendiri dalam memilih bengkel... selama ni aku ingat mana bengkel yang ada nama je yang boleh buat terbaik tp, aku punya nasib lak macam lagi banyak hal aku hantar kat situ makin banyak penyakitnya....huh, masa tu aku baru lagi dalam scooter ni....walaupun banyak kali terkena tapi ada gak aku hantar kat bengkel tu dan kali terakhir masa tu agak banyak aku dah perabih tapi disebabkan upgraded yang tak sempurna dan kebetulan kekeringan poket menyebabkan scooter ni tersadai hampir setahun...kesilapannya bermula dari percaya 'racun' kata-kata kawan.."kau buat mcm ni lah kau buat macam ni lah baru sedap bawa, baru laju lah" tu lah yang kesilapan aku...jadi dalam otak aku nak lajukan je tanpa memikirkan maintanace yang bakal aku hadapi, aku redah je...yang foreman bengkel tu lak menambahkan lagi 'racun' tu lak tapi tidak menerangkan lebih baik....cuma cakap "kau buat ni kau buat tu comfirm rapat dinding meter" aku yang bodoh ni terujalah.. banyak lah aku buat tapi macam tu gak....ada lah rosak carberator rosak ni rosak tu lah...dia lak cuma cakap kena tukar je takde nak teliti dulu apa puncanya...panas gak aku...lepas tu aku tak pergi dah ke bengkel tu untuk sekian lama....walaupun mcm tu bengkel punya perangai tapi ada sentengah benda tak de bengkel lain boleh buat ataupun semahir bengkel tu la....ni gambar selepas restoration tapi gambar sebelum tak de la dah hilang....kalau tengok sebelum ni macam nak campak lombong jer....




Side mirror kecik







Grips dapat free.




Lupa lak nak jadikan cerita satu hari ni aku pergilah satu kedai ni nak tukar minyak hitam motor satu lagi, masa tu scooter tu dah tersadai 6 bulan. Masa tengah tunggu proses tukar minyak hitam tu aku nampaklah ada sebiji motor dia baiki lepas accident, aku tengok cara dia buat kerja sungguh teliti dan mana bahagian boleh baiki dia baiki, tak de lah nak tukar je....sebenarnya motor aku yang ni pun sebenarnya masa tu baru lepas accident member aku bawa..dan baiki di bengkel yang aku cerita awal-awal tadi..dan sebenarnya aku masih kecewa dengan hasilnya....tu yang aku pergi ke kedai ni lak untuk tukar minyak hitam je tapi dah jadi bengkel kesukaan aku untuk datang servis motor aku dah la dekat-dekat dengan rumah..yang selama ni kau tak pandang..dan telah mengubah pandangan tentang bengkel macam ni..... sambung balik cerita tadi...jadi aku sembang-sembang lah dengan foreman tu dan aku sembanglah pasal kos motor

Guna 2 bill



aku tu bukan pasal scooter lagi, dia pun terang sana terang sini, dan dia tengok la motor tu..dan dia cakap "orang ni buat ke tak ni???" aku pun dapat apa yang aku nak selama ni..... mula- mula aku ingat akan berpuashati dengan penerangan je sehinggalah aku hantar untuk restoration scooter aku ni...pergh mcm baru tu mana problem-problem lama tu banyak dah hilang terus cuma ada satu dua lagi tapi sudah dikenal pasti cuma duit je tak mengizinkan...bagi setengah orang tengok gambar ni mungkin biasa tapi, aku sangat-sangat puas hati bawa scooter ni pun sengih je....mana yang aku upgrade sebelum ni baru la terasa umphh sebab setting yang betul dan teliti.....


Dari bawah

Brek pun spray



Dari belakang


Aku cuma berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang membaca takde niat selain pada tu....bagi aku berniaga bukanlah merujuk kepada customer always right sahaja tapi kejujuran dan prihatin....bukan nak ceramah tapi macam ayat ni "pengalaman merupakan guru yang kejam, sebab ia menghukum dulu barulah beri pengajaran". Aku pun ada silap sebab terburu-buru...itu je lah kot kalau nak tulis panjang lagi nih.....bukan aku nak menyalahkan orang tapi macam aku cakap cuma berkongsi pengalaman..................................


Ni lah foreman yang aku cakap tu.....



hahahahahahaha gurau je ni cousin rapat aku pose 'maut' hahahahahaha orang sibuk ambik gambar scooter dia pun nak gakk...

what is your dream car??

| 0 comments

Some of the guy toys dream mechine, of course me too...


LEXUS LFA
Powered by 4.8L v10 engine at 552 hp and goes 0- 60mph in just 3.6 second. Top speed is 204 mph. Body work with carbon fibre. That is fast and nice bodywork...

AUDI R8


Another my dream toy...audi R8 very sporty design and powerfull engine 4.2 L v8 and output power 420hp and torque at 430 Nm.


FERRARI F430 scuderia


This is most of my favourite ferrari model. v8 4.3 L engine comes with 6 speed manual gearbox or 6 speed F1 electrohydraulic manual..yummy..the nice about this car is rear design very aerodynamic...arghh

LAMBORGHINI REVENTON


What i like about this reventon is the desingn inspired by F-22 jet fighter from inside to the outside....it is a hi-tech model car. Under the hood is monster V12 6.5 L engine and produce 650 hp and 487 nm torque....

that just 4 of my favourite actually is more than that, i hope can at least test driving one of the car argggghhh....ok that just for sharing.......tq

HEEL and TOE

| 0 comments

Mungkin ramai yang boleh memandu, tetapi berapa ramai yang tahu mengendali dengan lebih cekap....untuk siapa yang tidak mengatahui teknik heel and toe adalah antara teknik yang digunakan ramai pemandu racing ketika mengambil selekoh pada kelajuan tinggi. Teknik ini memerlukan kita menekan brek dan clucth sambil menukar kepada gear yang lebih rendah pada masa yang sama tanpa menyebabkan kereta 'tersenguk',teknik ini juga memastikan enjin berada di dalam julat kuasa, terutama enjin turbo. Video ini adalah contoh bagaimana ia berfungsi..







tapi kalau nak pratikkan kena ada orang yang arif dan tempat yang betul untuk practice.

>