MY lovely VS-125 restoration
Suzuki scooter Vs125 atau pun internationalnya AN125, scooter ni dah berkhidmat dekat 5thn...pelbagai ragam dan kerenah scooter aku lalui....siapa yang pernah guna pasti tahu ragamnya....ni share skit pasal scooter kesayanganku ini..selama ni saya ingat problem datang dari scooter ni..dalam hal ni salahnya banyaknya aku sendiri dalam memilih bengkel... selama ni aku ingat mana bengkel yang ada nama je yang boleh buat terbaik tp, aku punya nasib lak macam lagi banyak hal aku hantar kat situ makin banyak penyakitnya....huh, masa tu aku baru lagi dalam scooter ni....walaupun banyak kali terkena tapi ada gak aku hantar kat bengkel tu dan kali terakhir masa tu agak banyak aku dah perabih tapi disebabkan upgraded yang tak sempurna dan kebetulan kekeringan poket menyebabkan scooter ni tersadai hampir setahun...kesilapannya bermula dari percaya 'racun' kata-kata kawan.."kau buat mcm ni lah kau buat macam ni lah baru sedap bawa, baru laju lah" tu lah yang kesilapan aku...jadi dalam otak aku nak lajukan je tanpa memikirkan maintanace yang bakal aku hadapi, aku redah je...yang foreman bengkel tu lak menambahkan lagi 'racun' tu lak tapi tidak menerangkan lebih baik....cuma cakap "kau buat ni kau buat tu comfirm rapat dinding meter" aku yang bodoh ni terujalah.. banyak lah aku buat tapi macam tu gak....ada lah rosak carberator rosak ni rosak tu lah...dia lak cuma cakap kena tukar je takde nak teliti dulu apa puncanya...panas gak aku...lepas tu aku tak pergi dah ke bengkel tu untuk sekian lama....walaupun mcm tu bengkel punya perangai tapi ada sentengah benda tak de bengkel lain boleh buat ataupun semahir bengkel tu la....ni gambar selepas restoration tapi gambar sebelum tak de la dah hilang....kalau tengok sebelum ni macam nak campak lombong jer....
Lupa lak nak jadikan cerita satu hari ni aku pergilah satu kedai ni nak tukar minyak hitam motor satu lagi, masa tu scooter tu dah tersadai 6 bulan. Masa tengah tunggu proses tukar minyak hitam tu aku nampaklah ada sebiji motor dia baiki lepas accident, aku tengok cara dia buat kerja sungguh teliti dan mana bahagian boleh baiki dia baiki, tak de lah nak tukar je....sebenarnya motor aku yang ni pun sebenarnya masa tu baru lepas accident member aku bawa..dan baiki di bengkel yang aku cerita awal-awal tadi..dan sebenarnya aku masih kecewa dengan hasilnya....tu yang aku pergi ke kedai ni lak untuk tukar minyak hitam je tapi dah jadi bengkel kesukaan aku untuk datang servis motor aku dah la dekat-dekat dengan rumah..yang selama ni kau tak pandang..dan telah mengubah pandangan tentang bengkel macam ni..... sambung balik cerita tadi...jadi aku sembang-sembang lah dengan foreman tu dan aku sembanglah pasal kos motor
Guna 2 bill
aku tu bukan pasal scooter lagi, dia pun terang sana terang sini, dan dia tengok la motor tu..dan dia cakap "orang ni buat ke tak ni???" aku pun dapat apa yang aku nak selama ni..... mula- mula aku ingat akan berpuashati dengan penerangan je sehinggalah aku hantar untuk restoration scooter aku ni...pergh mcm baru tu mana problem-problem lama tu banyak dah hilang terus cuma ada satu dua lagi tapi sudah dikenal pasti cuma duit je tak mengizinkan...bagi setengah orang tengok gambar ni mungkin biasa tapi, aku sangat-sangat puas hati bawa scooter ni pun sengih je....mana yang aku upgrade sebelum ni baru la terasa umphh sebab setting yang betul dan teliti.....
Aku cuma berkongsi pengalaman dengan sesiapa yang membaca takde niat selain pada tu....bagi aku berniaga bukanlah merujuk kepada customer always right sahaja tapi kejujuran dan prihatin....bukan nak ceramah tapi macam ayat ni "pengalaman merupakan guru yang kejam, sebab ia menghukum dulu barulah beri pengajaran". Aku pun ada silap sebab terburu-buru...itu je lah kot kalau nak tulis panjang lagi nih.....bukan aku nak menyalahkan orang tapi macam aku cakap cuma berkongsi pengalaman..................................
Ni lah foreman yang aku cakap tu.....
hahahahahahaha gurau je ni cousin rapat aku pose 'maut' hahahahahaha orang sibuk ambik gambar scooter dia pun nak gakk...